Saksikanlah...

Teknik penggunaan Saranan Niat dan Rahsia Energy Ilahi...


Teknik menyalurkan energy kepada sebiji mentol supaya tidak pecah


Gelagat si Atirah menari...

Pengumuman Terkini...


Tarikh : 29 September 2010

Semua penternak dan rakan-rakan khususnya di Sabah yang berminat untuk membeli benih keli omega keluaran keli house Enterprise boleh datang terus ke tempat saya di Kg. petagas pada 9hb hingga 10hb oktober 2010.

Justeru diminta semua pembeli supaya membuat tempahan terlebih dahulu sebelum datang..
Alamat dan no contact boleh klik di Carta Organisasi di blog ini..

Tarikh : 06 Oktober 2010

Salam kepada semua penternak yang dikasihi...
Pihak kami telah membuat satu peluang untuk menambahkan pendapatan sampingan tanpa sebarang modal permulaan. Anda hanya perlu berdaftar kepada kami untuk menjadi agent atau pemborong syarikat kami.Seterusnya kami akan bantu dan ajar untuk langkah seterusnya.Jadilah yang terawal!!! Peniaga-peniaga tamu yang sudah mempunyai tapak gerai  yang sedia ada amat digalakkan untuk menyertai kami.
Justeru itu kami sangat mengalu-alukan kepada semua rakyat Sabah untuk menyertai program ini bagi menjayakan program kempen "Satu keli, Satu Daerah" di Negeri Sabah, di bawah bayu.


sekian..
Mazuan
Pengarah Urusan
keli house Enterprise

Sebut harga benih ikan keli ( keli house ) yang terkini

Anda mesti beli sekarang juga selagi stok masih ada...upss terlebih sudah..


Saiz benih keli yang dijual----




Saiz jari kelingking 






**sesuai untuk dimasukkan ke dalam kolam tanah....kuat sudah ni taw!!!

dapatkan sekarang!!! hanya  RM 0.40 sen seekor sahaja owhh...




Harga ikan Hidup (sekilo dalam 5 -6 ekor)

Harga pasaran = RM10.00
Harga Borong = RM8.00 (Januari 2011)

Baja Serbuk ikan keli ( 40% Protien )
Kini dipasaran Sabah sekarang (belum dikeluarkan)
***Harga sekilo = RM5

Hormon Ovaprim (10ml)-made in Kanada
sebotol RM150

Ikan keli di pasaran Sabah

          Kami kini berusaha sebaik mungkin untuk menghasilkan produk keli yang dijamin Halal, Suci, Bersih dan Toiyiban...
          Kini Keli House dimiliki sepenuhnya oleh usawahan bumiputera dan diurus oleh En. Roslan dan dibantu oleh adik Hamizan sebagai Pengurus Hatceri..Sebelum menjelang 2011, Keli House berhasrat untuk mengeluarkan ikan keli hidup sebanyak 2 tan sebulan dan menghasilkan anak ikan keli saiz 3 inci di pasaran Sabah sebanyak 30,000 ekor sebulan pada harga yang cukup murah berbanding harga pasaran. Tujuan utama pengeluaran ialah untuk memenuhi permintaan yang sedia ada dengan menggunakan teknologi kanvas sepenuhnya.




Ikan Keli Omega 3 Hibrid

          Pihak Keli House juga berhasrat untuk menghasilkan baja ikan keli yang mengandungi nilai protien sebanyak 40% di pasaran menjelang oktober 2010 ini. Buat masa ini, pihak kami hanya mengeluarkan baja tersebut untuk kegunaan sendiri sahaja....
          Keli House berhasrat suatu masa nanti dapat menghasilkan produk-produk yang berasaskan ikan keli. Kini pihak kami giat menjalankan R&D yang lebih efektik lagi sebelum mengeluarkan produk yang berkualiti di pasaran kelak. Secara tidak langsung dapat menghasilkan produk makanan untuk kesihatan berteraskan kandungan Omega 3. 
          Omega 3 mempunyai 2 asid lemak yang utama iaitu Asid Eicopentaenoik (EPA) dan Acid Dokosoheksonoik (DHA)



       Kebaikan Omega-3     
    Terhadap Kesihatan Manusia



Antara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) kepada kesihatan manusia, selain mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung adalah:-

-Meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi

-Memulihkan radang seterusnya mengurangkan risiko artheroskleriosis

-Mengurangkan kadar bengkak pada sendi bagi pesakit rheumatoid arthritis

-Mengurangkan simptom psoriasis (sejenis penyakit kulit yang kronik)

-Mengurangkan kadar kematian bagi pesakit buah pinggang

-Mengurangkan tahap mikroalbuminuria bagi pesakit kencing manis yang 
 bergantung pada insulin

-Meningkatkan fleksibiliti membran dan menggalakkan fungsi biologi

-Melambatkan proses penuaan dan penyakit autoimmum yang berkaitan 
 dengan usia

-Menggalakkan kecerdasan fikiran




Pada zaman yang serba canggih ini, anak-anak kita hari ini kebanyakkannya tidak gemar memakan ikan. Justeru itu, pihak kami telah menjalan satu kajian untuk mengatasi masalah ini. Kajian telah dijalankan ke atas 5 orang kanak-kanak yang berumur 7 tahun hingga 12 tahun. Apabila diberi ikan, semua kanak-kanak tersebut menolak untuk tidak mahu makan ikan, walaupun dipaksa sekali pun.
Pada keesokkan hari, pihak kami telah memberi fishball keli dan fish cake (keli), didapati kanak-kanak tersebut berebut minta untuk diberikan kepada mereka. Daripada pemerhatian inilah, dilihat kanak-kanak hari ini lebih menyukai makanan yang berbentuk atau yang telah ditambah nilai. Dan sekiranya kita dapat menyediakan makanan yang bersumberkan protien ini iaitu ikan keli yang kaya dengan omega 3 ini sudah pasti dapat meningkat kecergasan otak kanak-kanak kerana omega 3 kaya dengan DHA dan EPA.
Kita boleh melihat susu anmum yang kaya dengan DHA dan EPA..jadi renung-renungkan wahai ibubapa di luar sana.???

**** Untuk pengetahuan saudara..ikan keli mengandungi separuh jumlah kandungan omega dalam badan ikan. Contohnya ikan keli yang mempunyai berat 0.100 gram seekor mengandungi 0.51gram kandungan omega 3.